Mengapa Begini …..

Ketika ini…tiba-tiba sahaja tersedar aku dari tidur yang tidak sempurna. Entah mengapa atau memang sebenarnya aku mengerti, ada sesuatu yang mengusik sanubari ini. Terlalu banyak kisah hidup yang perlu diingati tentang masa lalu. Terfikir juga, alangkah baiknya jika waktu bergerak perlahan dan berulang-ulang. Dengan yang demikian, waktu ini diharapkan tidak akan tiba. Namun….siapa aku untuk menahan masa? Apatah lagi untuk menahan takdir ketentuanNya?.Ya Allah…Kuatkanlah aku menghadapi ujian hidup ini dan bahagiakanlah mereka yang Iayak untuk bahagia. – Terima Kasih kerana mendengarkan aku selama ini. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui akan setiap sesuatu yang kami rasai dan alami di dalam perjalanan kehidupan ini….

Tinggalkan komen