MUSANG – Dalam Kenangan (2008-2012)

Ini adalah kucing kesayangan isteriku. Kucing kesayangan aku juga. Kami telah menganggapnya sebagai keluarga yang setia bersama kami di kala senang dan duka. Tidak sempat MUSANG menunggu kepulanganku pada 30 Ogos 2012 yang lalu. Aku terlewat lebih kurang 30 minit sebelum kematiannya. Sedih sangat apabila mengebumikannya pada malam itu juga dengan dibantu oleh abang ipar dan seorang anak jiran di bawah rumah. Dalam proses mengebumikan MUSANG, anak jiran rumah yang masih kecil bertanya, “Kucing kalau dah mati, pergi syurga ka atau macam mana?”…..Aku tidak dapat menjawabnya namun aku percaya dia pastinya berada di suatu tempat yang baik dan hanya Tuhan sahaja yang Maha Mengetahui…………………

NAMA : Musang (Nama yang diberi oleh isteriku kerana mukanya seperti seekor musang)

TARIKH LAHIR : TIDAK DIKETAHUI

TARIKH TINGGAL BERSAMA : Tahun 2008 (Tarikh tidak dapat dipastikan dengan tepat)

KAWAN-KAWAN SERUMAH : BOBO (Lari dari rumah), CICI (Lari dari rumah), Cubi (Masih setia dengan kami sehingga saat ini)

SEBAB KEMATIAN : Tidak dapat dipastikan (Menurut isteri dan abang iparku, MUSANG mengalami kesulitan untuk membuang air besar selama lebih kurang 2 hari, mereka juga tidak dapat menjangka kerana musang nampaknya sihat sebelum itu)

TARIKH DAN MASA KEMATIAN: 30 Ogos 2012 (Khamis) /9.30 malam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: