Bagaimanakah orangnya saya ini?

Saya baru sahaja menerima dan membaca email daripada seorang sahabat pada malam ini. Dalam tulisannya, beliau telah menegur saya secara positif dan membuatkan saya banyak berfikir pada saat ini bagaimanakah orangnya saya ini. Sukarnya menilai diri sendiri sebenarnya. Saya percaya bahawa kadangkala orang lain akan melihat lebih banyak tentang diri saya berbanding diri sendiri. Jadi untuk mengenali diri saya sendiri dengan lebih dalam…..saya mohon untuk sesiapa yang mengenali saya secara langsung atau tidak langsung memberikan pandangan dan komen berserta cadangan sekiranya ada mengenai diri saya pada pandangan anda. Ada dikatakan….”Saya dapat melihat semut ada di hadapan mata namun saya gagal melihat gajah berdiri dihadapan mata”. Jadi saya amat berharap untuk dapat memperbaiki kelemahan dan kekurangan diri di dalam kehidupan ini. Dengan niat yang demikian, saya berharap akan dapat menjaga banyak hati daripada dilukai oleh diri saya di kemudian hari.

Dari hati, HZ

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: