Tahun 2014

Hai semua…

Tidak lagi mahu bercerita tentang betapa lamanya tidak menulis di dalam blog ini. Cerita permulaan ini hanya tertumpu mengenai apa yang akan berlaku pada tahun 2014. Terlebih dahulu………..”SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BAHARU 2014″. Semoga kita sentiasa dirahmati Allah pada tahun ini dan tahun-tahun seterusnya juga…insyaallah..

Bercerita perancangan tahun 2014. Beberapa soalan biasa yang pasti akan timbul di fikiran ini setiap kali berubah tahun (Alhamdullillah…masih lagi diberi kesempatan). Soalan 1 : Tercapaikah matlamat tahun 2013 yang telah lalu? Soalan 2 : Bagaimanakah matlamat tahun 2013 boleh menyumbang ke arah peningkatan matlamat pada tahun 2014 ini? Sehingga post ini disuarakan, fikiran aku masih lagi dipenuhi dengan banyak benda yang diimpikan akan dilaksanakan pada tahun ini. Namun aku sedar, menempuhi 2014 tanpa perancangan yang rapi hanya akan mengundang kesulitan untuk mengekalkan impian hidup “MAJOR” yang telah ditentukan pada tahun ini. Tidak semua benda perlu dirancang. Kadangkala kita hanya mampu berharap perjalanan hidup berjalan seadanya walaupun banyak benda yang berlaku dalam hidup tidak dirancang terlebih dahulu.

Anda bagaimana? Salah satu perkara yang menjadi keutamaan pada tahun ini adalah memperluaskan kehebatan/Kebaikan menggunakan Sim Kad TONE EXCEL (TuneTalk). Saya dan keluarga sedang menggunakan sim kad ini dan hasilnya amatlah menakjubkan. Perlindungan Insuran percuma sehingga RM100,000…BIG Point yang boleh ditukarkan kepada Tiket Kapal Terbang, Tiket Wayang, Potongan Harga Hotel (Tune Hotel), Tiket Konsert percuma dan yang penting lagi adalah….ianya adalah bisnes secara tidak langsung. Tidak perlu menjual apa-apa. Hanya memperkenalkan sim kad sahaja kepada mereka yang inginkan semua faedah di atas. Nak guna atau tidak terpulang dengan mereka. hahhhhh….macam? nak join? ha..ha..ha….cerita berniaga la pulak..he..he. Yang pasti adalah…. ko guna sim kad ni (ko dibayar), ko kenalkan sim kad ni (ko dibayar), orang lain guna (pun ko dibayar). Sekali lagi nak bagitau..saya mulakan dengan keluarga sendiri. Isteri, ibu bapa dan adik beradik. Semuanya dapat faedah.

Matlamat lain sebenarnya sangat banyak namun tak larat nak tulis keseluruhannya di sini. Pendek cerita (daripada yang panjang2 ini), aku mengharapkan semua perkara adalah terbaik sepanjang tahun 2014 ini. Jika Allah telah tentukan ada perkara yang tidak baik, itu adalah haknya sebagai Yang MahaKuasa. Aku hanya mampu berdoa agar ditabahkan hati sebagai makhluk dan hambanya yang lemah…

Akhir kata…Selamat Menyambut Tahun Baharu 2014 sekali lagi. Semoga keceriaan, kesihatan, keuntungan dan berita2 indah sentiasa mengekori dan mendepani sepanjang tahun ini yang pastinya menjanjikan berjuta impian dan harapan untuk kita semua..

Assalamualaikum….

Dari Hati (HZ)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: