Apa bezanya sekolah dan PPD?

Hello semua. Ini adalah post terbaru setelah sekian lama mendiamkan diri. Aku tidak dapat memberikan apa-apa alasan untuk itu. Mungkin kerana malas nak buka blog ini sebenarnya. Lupakan semua itu…. Untuk pengetahuan semua, aku tidak lagi mengajar di SK Inarad. Rasa sedih meninggalkan kenangan-kenangan indah di sana. Apatah lagi bila berbicara soal murid-murid yang sangat aku kasihi. Tuntutan tugas memutuskan hubungan langsung hidupku dengan sekolah ini.

Sekarang aku mencurahkan jasa dan baktiku di Pejabat Pelajaran Daerah Tongod(Telupid)-Unit Pengurusan Akademik (UPA). Hampir mencecah 8 bulan aku berkhidmat di sini sebagai Pegawai FasiLINUS (Numerasi). Jika aku ditanya apa bezanya antara sekolah dan PPD….mungkin hanyalah tuntutan dan bebanan kerja yang berlebihan. Di sekolah aku hanya fikirkan tentang sekolah (Termasuklah murid-murid). Di PPD aku terlalu menumpukan terhadap banyak perkara (Hubungan langsungku dengan JPN dan KPM/NKRA)…terlalu luas sebenarnya. Dan ada masanya pula, akibat kekurangan kakitangan yang terlalu ketara menyebabkan aku seringkali mengambilalih tugas yang sebenarnya bukanlah di bawah kapasiti tugasku sebagai seorang Pegawai FasiLINUS. Namun aku tidak mahu mengeluh di atas banyaknya tugas selama aku berada di PPD ini. Bagiku semuanya berkat. Banyak perkara boleh dipelajari sebenarnya.

Hubunganku dengan SK Inarad tidak terputus sebenarnya. Aku masih lagi menjadi “Bapak Angkat” untuk sekolah ini di dalam LINUS….aku mengharapkan agar banyak perubahan bakal berlaku di SK Inarad dalam tempoh terdekat ini. Hubungan dengan kawan-kawan lama masih lagi baik. Tapi satu yang hatiku masih lagi inginkan pada saat ini……AKU RINDU UNTUK MENGAJAR SEMULA….he…he…mungkin sedikit masa nanti…..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: