LUTFI – Babyku yang comel

Alhamdulillah akhirnya penantian selama 9 bulan 4 hari, ‘hero’ ku telah menemui dunia baru (bukan lagi di dalam perut mamanya..he..he). Syukur dan terima kasih kepada Allah terutamanya kerana memberikan insan baru di dalam hidupku dan isteri. Terima kasih juga kepada isteri tercinta kerana telah bersusah payah melahirkan anak kami yang cukup sihat mental dan fizikal. Debaran menjadi seorang ayah amat berlainan dengan debaran lain yang pernah aku rasakan sebelum ini. Oh ya..saat aku menulis di dalam blog ini, anakku telahpun berusia 1 bulan 6 hari.
LUTFI (Kehalusanku,lembut) adalah nama anakku. Isteriku yang menamakannya kerana aku langsung tidak diberi peluang untuk menamakan anakku yang pertama ini..he..he..Tidak kisahlah..mengalah dulu. Ramai rakan tertanya-tanya mengapa nama anakku ringkas sangat. Alasannya? @ Alasan isteriku juga dan aku turut setuju dengan alasan yang diberikannya. Nama yang panjang tidak akan disebut orang. Amat jarang benar orang akan memanggil kita dengan nama penuh. So…kalau ringkas senang nak panggil dan ingat kan. Lagipun di dalam Islam, nama itu juga mempunyai maksud yang jelas dan nyata. Jadi tiada alasan lain.
Di sini aku sertakan foto anakku yang comel….sebagai seorang ayah, tiada anak yang tidak comel…hu..hu….untuk rakan2 yang mengucapkan tahniah kepadaku dan isteri, terima kasih ya….Allah merahmati semuanya..Amin..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: