SK Inarad – Perjalanan Akhir Tahun 2009

Hujan yang turun pada hujung tahun sememangnya menjadi lumrah pada setiap tahun. Namun hujan yang menjadi lumrah itu telah menjadi suatu pengalaman baru semenjak saya bergelar seorang guru. Hampir setahun menjadi guru, saya hampir-hampir melupakan kepayahan @ cabaran untuk masuk ke sekolah apabila tiba musim hujan. Ha..ha…pada penghujung tahun ini terasa pula cabaran itu telah kembali untuk masuk ke Inarad apabila musim hujan menjelma. Pengajaran yang dapat saya kongsikan adalah apabila tiba musim hujan janganlah masuk hanya menggunakan sebuah kereta. Payah oooooo…..mujur dapat berpatah balik. Kalau tidak bermalam tepi jalanlah jawabnya. Saya dan sahabat, Rafiee gagal sampai ke Inarad apabila cuba untuk masuk ke Inarad baru2 ini. Hanya kami berdua sahaja dan hanya menggunakan sebuah kereta. Walaupun keadaan cuaca pada mulanya baik namun tiba2 bertukar kepada mendung dan hujan apabila menghampiri kawasan Langga (Lebih kurang 20-30 km dari Inarad). Keesokan harinya, kami mencuba lagi dan kali ini bersama dengan Guru Besar dan seorang lagi sahabat, Ckg. Hildy. Keadaan cuaca masih lagi sama namun kerisauan yang menebal semenjak kelmarin dapat dikurangkan kerana kali ini kami masuk dengan menggunakan 2 buah kereta. Beberapa foto/gambar sempat dirakamkan dan ingin saya kongsikan bersama anda pembaca blog sekalian….

3 Respons to “SK Inarad – Perjalanan Akhir Tahun 2009”

  1. ako gigih menyuruh kegelapan malam dan kesanggupan ke lost world bersama-sama menuju satu misi satu harapan..

  2. Halo…kesian dengan cikgu2 ni.Terima kasih banyak2 kerana mendidik adik2 saya.God bless ur all.

  3. semangat tinggi yg sgt menakjubkan..

Tinggalkan komen