Aku Adalah….

Aku adalah kesalahan,
Yang bertemankan nafsu sebuah kehidupan.
Yang menghancurkan harapan dan impian,
Sebuah perjalanan cerita yang bernama kasih sayang...
   Aku adalah kesilapan,
   Yang leka dibuai oleh sebuah percintaan,
   Tanpa menyedari insan itu sebenarnya terluka,
   Kerana sikap dan perbuatanku yang penuh dengan sejuta silap 
   dan salah...
Aku adalah sebuah perjalanan,
Yang membawa dia meniti sebuah impian di dalam kehidupan,
Yang mendukung dia sepanjang perjalanan,
Di dalam mencari erti betul ataupun salah.
   Aku tidak ingin memohon sebuah kemaafan,
   Kerana tiada kata maaf yang mampu menutup sejuta kesalahan,
   Kerana tiada kata betul yang mampu menutup sejuta kesilapan,
   Kerana membuatkan hatimu terluka lebih jauh ke dalam.
Apakah yang aku akan lakukan?
Bertahankah atau runtuh ke belakang?
Menyakiti lagikah atau melepaskan tangannya jauh ke hadapan?
Untuknya maju untuk mencari sebuah kepastian.....
Yang bernama kebahagiaan........

Dari Hati,
HZ
(Untuk mereka yang dilukai)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: