English In Camp

Pada 16-18 Oktober 2009 yang lalu, saya telah mengikuti ‘English In Camp’ yang bertempat di SRK Pekan Tongod, Telupid. Hampir semua sekolah rendah di kawasan Tongod (Telupid) menghantar wakil (Guru + Murid) untuk mengikuti kem yang julung-julung kali diadakan ini. Telah dibincangkan di dalam mesyuarat berkemungkinan program yang dijalankan ini akan menjadi program tahunan untuk semua sekolah rendah yang berada di kawasan Tongod (Telupid) ini. Setelah selesai berkampung selama 3 hari 2 malam, akhirnya saya membuat kesimpulan bahawa program ini amat berfaedah untuk murid2 terutamanya didalam usaha mereka mempertingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dari pelbagai segi seperti bercakap menggunakan Bahasa Inggeris, berkeyakinan memimpin, dapat bertukar-tukar idea dan pendapat mengenai aktiviti yang dijalankan dan banyak lagi. Saya sebagai salah seorang fasilitator amat berbangga kerana dapat mengikuti program ini. Yang malangnya adalah, tidak terdapat wakil dari sekolah saya sendiri (SK Inarad). Ini kerana faktor keselamatan murid yang ingin dibawa keluar menjadi keutamaan pihak sekolah (Sentiasa Hujan di Inarad dan jalan yang licin serta berlumpur tidak mengizinkan kami untuk membawa murid2 keluar dari sekolah untuk mengikuti program ini). Mujurlah saya dan seorang guru lagi menjadi wakil sekolah dan segala ilmu yang diterapkan sepanjang program berlangsung dapat juga dikongsikan untuk murid2 sekolah kami nanti. Beberapa gambar aktiviti sempat saya rakamkan untuk tatapan anda. Sedar atau tidak…oleh kerana sibuk mengambil gambar aktiviti yang dijalankan, muka saya pula yang tidak wujud di setiap foto yang dirakamkan. Alahai….nasiblah kan….ha…ha….. 

1_EIC_guruterlibat

2_EIC_persertamurid

 3_EIC_Aktiviti_AnG

4_EIC_aktivitisukaneka

5_MjlsPenutupan_3orangpenting

6_Ucapan_EnThierry

7_MjlsPenutupan_PenyampaianCenHati

8_MjlsPenutupan_PenyampaianSijil

9_MjlsPenutupan_PenyampaianHadiah1

10_MjlsPenutupan_PenyampaianHadiah2

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: