“Erti Sebuah Kehidupan”-Apa yang dicari di dalam hidup ini?


Hidup ini kan..........

Hidup ini kan..........

Hari ini saya bertanyakan satu soalan kepada murid-murid Darjah 4 dan 5 yang berjumlah seramai 13 orang. “Apa yang kamu cari di dalam hidup ini?”. Satu persoalan biasa bagi mereka yang selalu memikirkan mengenai apa itu erti sebuah kehidupan. Namun begitu, melalui soalan ini, saya mendapati 6 orang tidak dapat memberikan jawapan, 2 menjawab sesuatu yang tidak berkaitan dengan soalan dan 5 orang dapat memberikan pendapat mereka berkenaan soalan ini. Nah……apa kesimpulan yang dapat diberikan daripada situasi ini? Dengan cara melakukan perkongsian dengan murid-murid ini, saya membuat kesimpulan bahawa 6 orang murid masih lagi mencari arah hidup mereka, 2 orang langsung tidak tahu dimana kompas kehidupan mereka, dan 5 orang lagi sudah boleh berfikir secara rasional dan logik mengenai kehidupan mereka. Kesimpulan ini membuatkan saya berfikir sendiri. Jika dibuat perbandingan dengan 13 orang murid2 ini, di manakah sebenarnya kedudukan saya dan anda sebagai makhluk Tuhan di alam ini? adakah bersama 6 orang murid itu tadi? atau yang 2 orang? atau mungkin jugak dalam kelompok yang 6 orang?. Kita sering menganggap soalan2 sebegini mungkin kurang penting di dalam kehidupan kita namun melalui anak-anak kecil yang kebiasaannya memiliki fikiran dan impian yang jujur, kita dapat melihat secara lebih luas bahawa kehidupan ini bukanlah tiada jawapan. Diri kita juga bukanlah dan janganlah terkeluar daripada lingkungan kehidupan yang sebenar (kerana ada insan yang masih lagi hidup di alam impian dan mimpi kosong). Kehidupan ini adalah tempat di mana kita melihat sesuatu yang berlaku itu mempunyai atau memiliki maknanya yang tersendiri yang secara tidak langsung memberi kesan terhadap sesuatu yang berkaitan dengan diri kita. Sedar ataupun tidak, kita adalah pemilik kehidupan sebenar secara terus (kerana Tuhanlah yang memiliki kehidupan ini secara hakiki). Oleh itu semuanya…..marilah berfikir sejenak. Seminit mengenangkan atau memikirkan mengenai nilai sebuah kehidupan adalah lebih berharga daripada membuat seribu kerja yang boleh ditukarkan dengan jutaan wang ringgit semata-mata…..

 Dari Hati, HZ (Untuk mereka yang masih berjuang @ yang telah lupa untuk mencari tujuan hidup ini)

2 Respons to ““Erti Sebuah Kehidupan”-Apa yang dicari di dalam hidup ini?”

  1. just wanna say, hi simon hafiz! hehe
    baca penulisan blog ko ni, baca ayat2 ko ni..mengingatkan sy pd kenangan kpli d ip tawau. especially time BIG n BTN. ingat lg? heh.
    ko jg peseRta tbaik lelaki BIG n sy pla peserta tbaik ppuan. btl2 sy rindu owh time2 bljr tu suma.

    ba, all d best la dlm life n kerjaya ko seterusnya..
    slogan ip kita : Teacher Touch The Future.

    • Muhd Hazmunshah Hafizuddin Says:

      Hai Dayang….lama nda dengar kabar ko. Masih ingat lagi semuanya erk…sama la..semuanya hanya tinggal kenangan namun kenangan itulah yang menjadikan kita seperti hari ini kan? saya masih ingat lagi tu…..BIG kan? ha..ha….seperti nak kembali ke waktu itu..Apa2pun all the best jugak dalam kehidupan ko yang seterusnya…senyum selalu kerana Lesung Pipit itu mahal harganya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: