Road To Inarad (Cabaran Perjalanan)

Banner - Kata Semangat

Banner - Kata-kata Semangat

Pertama kali saya mendengar nama Inarad adalah semasa sessi taklimat penempatan guru-guru di sebuah hotel di Sandakan. Insan yang bercerita mengenai tempat ini adalah seorang guru besar SK Tongod.. Beliau menceritakan betapa hebatnya insan yang terpilih ke Inarad untuk menyumbang bakti… Tiada kerisauan yang saya tunjukkan pada waktu itu kerana pada hemat saya, peluang untuk saya ke tempat bernama Inarad ini amat tipis. Masih ramai lagi guru-guru yang bersama-sama saya pada saat itu. Mungkin nama mereka yang akan terpilih. Namun Tuhan mempunyai rencana yang berbeza untuk saya….ha…ha…lucunya….sayalah insan yang terpilih ke Inarad. Jadi sehingga ke saat ini, terlalu banyak masa dan perjuangan untuk sampai ke kawasan/tempat yang dinamakan Inarad ini. Saya ingin berkongsi pengalaman perjalanan untuk ke Inarad bersama anda pengunjung budiman. Melalui foto-foto yang dipaparkan saya ingin membawa anda melalui pengalaman sepanjang perjalanan ke Inarad…..semoga melalui foto-foto yang dipaparkan, anda akan sedar bahawa anda adalah sebahagian diantara jutaan insan yang bertuah kerana tidak mengalami situasi seperti di dalam foto-foto ini…Klik pada link ‘Baca lagi’ untuk melihat foto/gambar

Nota: Saya akan cuba untuk mengemaskini sekerap mungkin blog ini untuk memuatkan foto2 terkini mengenai tajuk ini

15 Respons to “Road To Inarad (Cabaran Perjalanan)”

  1. kecian kamu baa..5jam nak smpai pekan terdekat??? bek kamu balik kelantan (kl-kel)…tambah 1jam je lagi…huhuhu…🙂

  2. Rainih kim Says:

    yala tu cik nour oi…

  3. perancis chong Says:

    mmg saya tabik hormat dgn kamu semua,bukan mudah utk kamu sampai ke sekolah dgn mengharungi jalan yang sedemikian,kalau saya ditempatkan di sekolah yang sedemikian,mungkin saya dah angkat tangan awal2,syabas saya ucapkan atas pengorbanan dan ketabahan kamu utk mengajar di sekolah tersebut,sesungguhnya kamu lah golongan guru yang hebat kerana sanggup mengharungi segala susah payah semata – mata untuk mendidik anak nusa bangsa menjadi nisan yang berguna,kirim salam dengan Cikgu Shufian Bin Awang Tanga,saya rasa dia masih kenal saya lagi,kalau senang2 check saja di Facebook,ada muka saya di sana.

  4. bertuahnya saya dapat di lahad datu ni….dibandar lagi..tapi, lain tempat lain cabarannya. ketenangan dan ke’relax’an sukar ditemui di sekolah bandar tu. mungkin itulah harga yang patut dibayar untuk kesenangan yang dikecapi di bandar…..hahahah

  5. tahniah buat guru2 yg mgajar d inarad.. teruskan usaha demi masa depan anak2 inarad…

  6. Hi semua…lum ada new pic ka di page ni?

  7. terkenang masa lalu.. sedih meninggalkan Inarad…

  8. To jidi…jangan la sedih2..kta kwn aku ada hikmah smua 2.hehe

  9. Richard Says:

    Salam Sejahtera Kepada Semua guru SK Inarad

    terkenang pula pengalaman lampau semasa bertugas di SK Menanam Kinabatangan di awal 1990an .kenderaan kecil belum mampu dibeli apa lagi pacuan 4 roda. Teringat pula peristiwas kami pergi ke Telupid dengan menumpang Lori Balak yang simpati dengan keadaan kami.. pengalaman yang pasti tidak akan dilupakan selama lamanya . Anyway all the best to all of you there.

  10. daud ag maal Says:

    tahniah pada guru yang rajin……….

  11. […] Road to Inarad GA_googleAddAttr("AdOpt", "1"); GA_googleAddAttr("Origin", "other"); GA_googleAddAttr("theme_bg", "ffffe3"); GA_googleAddAttr("theme_border", "bbb26c"); GA_googleAddAttr("theme_text", "000000"); GA_googleAddAttr("theme_link", "c86c00"); GA_googleAddAttr("theme_url", "4e5706"); GA_googleAddAttr("LangId", "1"); GA_googleAddAttr("Tag", "4-1-barrier-pirates"); GA_googleFillSlot("wpcom_sharethrough"); Like this:LikeBe the first to like this post. […]

  12. Sab Rye Na Says:

    Mmg mencabar… ni baru perjalanan ke sana blm lg cabaran masa d sana. Apapn teruskan perjuangan. Tanpamu ‘GURU’ pekerjaan lain tiada maknanya kerana semuanya bermula dari seorang GURU BIASA YANG BERUSAHA SECARA LUAR BIASA.🙂

  13. Tahniah atas ketabahan guru-guru yg brtugas di sk inarad. Ketabahan anda akan melahirkan insan2 yg berjaya di masa depan.

  14. Webster @ Undul George @ Laim Says:

    SYABAS DAN TAHNIAH!!! Buat guru2 yang bertugas di SK. Inarad, Tongod…semoga dgn ketabahan guru2 di sana dapat melahirkan insan yang berjaya disuatu hari nanti…webs & family

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: