Arkib untuk Temuduga SPP

Temuduga SPP (Pengesahan Jawatan DG41)

Posted in *Luahan Hati with tags on 28 Ogos 2009 by Muhd Hazmunshah Hafizuddin

Pada hari ini, Jam 8 pagi, bertempat di Pejabat Pelajaran Daerah Sandakan (Bilik mesyuarat), saya dan beberapa rakan telah menjalani sessi temuduga pengesahan jawatan dari DC41 ke DG41. Tak tahu nak cakap macam mana. Soalan semuanya ‘power giler’. Kalau nak dibandingkan dengan temuduga-temuduga sebelum ini, temuduga SPP ni la yang saya rasakan terlalu sukar. Semua soalan memang mengenai pendidikan dan ini termasuklah juga mengenai mata pelajaran semasa berada di IPGM Kampus Tawau (Ilmu Pendidikan). Saya mengharapkan agar lulus di dalam temuduga kali ini walaupun ada juga soalan yang ‘kantoi’ nak dijawab..ha..ha…untuk rakan2 yang belum lagi menghadiri sessi temuduga SPP…..anda masih ada masa….Janganlah disebabkan ramai menganggap kita pasti lulus dalam temuduga, akan menjadikan kita mengambil ringan akan perkara ini. Percayalah…malunya bila di depan penemuduga nanti ada soalan yang tidak boleh dijawab…kita ini berstatus guru dan ia merupakan profession yang dipandang tinggi di dalam masyarakat…seharusnya kita mampu menjawab dengan lancar, teratur dan logik bukan?…..na…….jadi kawan2….USAHA LAGI…………………………

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.