Arkib untuk slogan hari guru

Selamat Hari Guru 2011

Posted in *Luahan Hati with tags , , , on 16 Mei 2011 by Muhd Hazmunshah Hafizuddin

16 Mei  merupakan tarikh besar untuk semua warga pendidik di Malaysia. Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak  telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu (Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Guru_di_Malaysia). Aku mula bertugas secara rasmi pada 02 Januari 2009 dan telah menabur bakti selama lebih kurang 2 tahun lebih sebagai seorang pendidik. Sebenarnya bukan mudah. Setiap insan ada masanya boleh menjadi malas, guru juga tidak terkecuali namun yang membezakan malas dan rajin adalah semangat yang dipraktikkan selepas itu. Malas bukan bererti pendidikan untuk mereka yang memerlukannya harus tergendala. Aku faham dan mengerti semua itu sekarang. Walaupun rasa sukar sekarang ini, aku masih lagi mahu percaya bahawa setiap insan mampu diubah. Jika David Teo mengatakan “Bintang bukan dilahirkan tetapi dicipta”, aku juga akan mengatakan benda yang sama namun dalam versi yang berbeza “Murid yang pandai bukan dilahirkan tetapi dicipta”. Bagaimana menciptakannya? Tepuk dada tanya selera kerana setiap guru mempunyai cara dan pedagogi yang berbeza. Jadi untuk semua warga pendidik, sekiranya anda membaca blog ini, marilah bangun bersama. “GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA” bukanlah untuk dilaung dan diingat semata-mata. Lebih dari itu adalah bagaimana supaya slogan itu digunakan bagi mewujudkan modal insan yang berguna pada setiap sudut untuk digunakan pada suatu hari nanti. SELAMAT HARI GURU 2011.

Dari Hati,

HZ

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.