Inarad…tergendala sebentar
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. Yup… 10-12 Mei 2011, jalan utama ke Inarad putus lagi. Jalan utama yang dimaksudkan adalah jalan Maxland…lebih kurang 20 minit perjalanan jaraknya dari Imbak (SK Imbak). Mujur tak lebih jauh dari itu. Kalau tidak, bermalam tepi jalanlah jawabnya sementara menunggu jambatan ini siap. Terima kasih kepada pihak Maxland yang bertungkus lumus berkerja tanpa henti untuk menyelesaikan pembinaan jambatan ini. Walaupun pada dasarnya jalan ini adalah khas untuk lori balak yang beroperasi di sini namun kami sebagai warga pendidik SK Inarad yang menggunakan jalan ini secara tidak langsung amat berbesar hati dan berterima kasih di atas kerjasama pihak Maxland yang prihatin dengan semua pengguna yang menggunakan jalan mereka selama ini.
Like this:
Catatan ini telah dibuat pada 12 Mei 2011 pada 5:26 PM di bawah *SK Inarad..Sekolahku, ^Guru-guru SK Inarad, ^Road To Inarad (Cabaran Perjalanan) dengan label jambatan putus, Maxland, SK Inarad. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed Anda boleh catatkan maklumbalas, atau trackback daripada laman anda.




15 Disember 2011 pada 8:15 AM
[...] Inarad..Tergendala Lagi [...]