SKIN IDOL @ BINTANG KECIL 2011
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia kepada semua pembaca blog budiman. Kali ini aku nak cerita tentang satu lagi program sekolah yang telah selesai dijalankan pada 20 April 2011 yang lalu. Program SKIN IDOL 2011 @ Bintang Kecil 2011 telah selesai dijalankan dengan jayanya oleh semua warga SK Inarad. Aku yang ditugaskan sebagai Pengerusi/Penganjur sangat2 berterima kasih dengan semua bantuan yang telah diberikan oleh rakan2 sejawat dan murid2 yang terlibat. Kredit harus diberikan kepada sahabat saya Peter, Jameston, Shufian & Rafiee kerana dapat menghasilkan ‘Sound System’ yang cukup hebat walaupun alat yang ada serba kekurangan. Sememangnya mereka ini merupakan ‘Mac Gayver’ SK Inarad. Terima kasih juga kepada semua murid2 dan penduduk kampung Inarad yang cukup bersemangat di dalam membantu menjayakan program ini. Semoga program seumpamanya akan dapat dijalankan dengan lebih hebat untuk menutupi kelemahan yang wujud pada kali ini. Pepatah mengatakan ‘Kejayaan Hari Ini Adalah Dibantu Oleh Kesilapan Semalam’. Di sini aku sajikan foto2 yang sempat dirakamkan untuk tontonan pembaca blog sekalian.
- Menyanyi bersama2 semasa latihan pentas
- Peserta menunggu giliran latihan pementasan pentas
- Salah seorang peserta membuat persembahan latihan pentas
- Hadiah SKIN Idol 2011
- Antara penonton yang memberikan sokongan
- Cikgu Kim Linupas. Pengetua SKIN Idol 2011
- Aku…memberikan ucapan sebagai Pengerusi Penganjur
- 10 peserta akhir SKIN Idol 2011
- Cikgu Rafiee sebagai pengacara SKIN Idol 2011
- Sedang menyokong rakan yang membuat persembahan
- Senyuman manis seorang peserta SKIN Idol 2011
- Murid2 memberikan sokongan kepada rakan2 peserta yang lain
- Cikgu Shufian (Ketua Juri) sedang memberikan taklimat pemarkahan
- 4 orang juri SKIN Idol 2011
- Seorang penonton yang dijemput memberikan persembahan
- Persembahan tarian antara acara yang menjadi tarikan
- Adik Joelenisha Monuin, JUARA SKIN Idol 2011
- Adik Dyieeviviennie Yaling, NAIB JOHAN SKIN Idol 2011
- Adik Safura Kaian, tempat KETIGA SKIN Idol 2011
- Aku..sedang menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang
- Bergambar kenangan bersama para peserta SKIN Idol 2011





















15 Disember 2011 pada 8:27 AM
[...] Bintang Kecil 2011 telah selesai dijalankan dengan jayanya oleh semua warga SK Inarad…….SRK Station Like this:LikeBe the first to like this [...]