Inarad Hujan Lagi

Hampir seminggu ni Inarad hujan lagi. Projek pembinaan Solar Hybrid sekolah agak terganggu namun masih beroperasi seperti biasa. Aku dan sahabatku Rafiee tidak keluar ke mana2 minggu ini. Jadi berada di Kampung Inarad kadangkala membuatkan hati ini damai dan jauh dari kesesakan kota. Walau bagaimanapun, keluarga di rumah masih lagi di dalam ingatan. Abah, mama, abang, adik2, isteri dan kawan2 yang mengenali diri ini masih lagi bermain dalam sanubari ini. Seperti kedengaran memanggil aku untuk pulang ke sisi mereka. Emm, namun memperjuangkan nasib anak bangsa masih lagi menjadi keutamaan aku selama berada di sini. Walau kadangkala letih melayan kerenah anak-anak desa, namun merekalah maksud hidupku jika aku berada di sini. Dari kelmarin, sahabatku Rafiee menjalankan projek membuat batas bersama-sama dengan beberapa orang pelajar. Naaaa, mereka ingin bercucuk tanam. Bagus juga la. Sekurang-kurangnya, Persatuan Kemahiran Hidup ada aktiviti yang mereka laksanakan. Aku pula? Aku masih di sini. Selama mana aku mampu dan masih lagi diperlukan……aku masih lagi tetap disini.

Satu Respons to “Inarad Hujan Lagi”

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.