Temuduga SPP (Pengesahan Jawatan DG41)

Pada hari ini, Jam 8 pagi, bertempat di Pejabat Pelajaran Daerah Sandakan (Bilik mesyuarat), saya dan beberapa rakan telah menjalani sessi temuduga pengesahan jawatan dari DC41 ke DG41. Tak tahu nak cakap macam mana. Soalan semuanya ‘power giler’. Kalau nak dibandingkan dengan temuduga-temuduga sebelum ini, temuduga SPP ni la yang saya rasakan terlalu sukar. Semua soalan memang mengenai pendidikan dan ini termasuklah juga mengenai mata pelajaran semasa berada di IPGM Kampus Tawau (Ilmu Pendidikan). Saya mengharapkan agar lulus di dalam temuduga kali ini walaupun ada juga soalan yang ‘kantoi’ nak dijawab..ha..ha…untuk rakan2 yang belum lagi menghadiri sessi temuduga SPP…..anda masih ada masa….Janganlah disebabkan ramai menganggap kita pasti lulus dalam temuduga, akan menjadikan kita mengambil ringan akan perkara ini. Percayalah…malunya bila di depan penemuduga nanti ada soalan yang tidak boleh dijawab…kita ini berstatus guru dan ia merupakan profession yang dipandang tinggi di dalam masyarakat…seharusnya kita mampu menjawab dengan lancar, teratur dan logik bukan?…..na…….jadi kawan2….USAHA LAGI…………………………

38 Respons to “Temuduga SPP (Pengesahan Jawatan DG41)”

  1. salam cikgu hazmun.. saya ni bakal guru jgk.. kalau boleh, cikgu blh kongsi ngan saya tak soalan2 temuduga ni.. apa yg ditanya oleh panel ek.. tq..

    • Muhd Hazmunshah Hafizuddin Says:

      Untuk saudari muny….minta maaf sebab lambat membalas permohonan saudari. Sebenarnya saya kurang faham mengenai temuduga yang saudari maksudkan. Sebelum menjadi guru atau selepas menjadi guru (Pengesahan jawatan?). Atau pada waktu ini mungkin saudari telah menjalani temuduga tersebut?

  2. DC41 ke DG41 bukan pengesahan jawatan. Itu pengesahan lantikan. Pengesahan jawatan tu kalau berkhidmat selama 1-3 tahun dalam DG41 dan diperakukan ketua jabatan.

    • Muhd Hazmunshah Hafizuddin Says:

      ooo….Terima kasih atas pembetulan yang telah diberi oleh saudari Anin….he..he…belajar dari kesilapan….hu..hu

  3. surat tawaran dah kuar..nanti bgtau ako kalo dah ade kat ppd..buat medical cek up then anta trus ke spp/jpn..ambil mase 2 ari jd kalo mau masuk skola dalam ari rabu/khamis 6/7hb jan 2010..setelkan dulu borang baru masuk k..

  4. biasanya penemuduga akan bertanyakan isu-isu semasa, PIPP, ilmu pendidikan, wawasan 2020, falsafah pendidikan negara, falsafah pendidikan kebangsaan. Yang penting, kalau x tau, jawab secara berhemah x tau. Jgn menipu. Klu penemuduga nk pyscho, ilek je. Jgn je gaduh ngan penemuduga. Insya-Allah lulus. πŸ˜‰

    • aku interview soal jawab pasal keje lama jer…sembang-sembang mcm kedai kopi… alhamdulillah… lepas lak tu interview

  5. Salam..sekadar ingin berkongsi..

    saya telah menghadiri temuduga spp mac 2008 dan dah dapat pengesahan perlantikan. Cuma mahu bertanya..adakah kita perlu memohon untuk pengesahan jawatan selepas ini?atau hanya tunggu ketua jabatan mengesahkan jawatan kita tu?

    harap sudi membalas.

    TQ

  6. Nak bertanya, kat mana nak isi borang Kursus Induksi? ada website ka? saya skg ni guru DC41. tq

  7. saya br je posting jan 2010 dan saya lepasan dpli. nak tanye sblm temuduga spp adakah kena pegi kursus induksi n BTN dulu. mcm ne prosedur nk apply krusus induksi yek.terima kasih……………

    • Muhd Hazmunshah Hafizuddin Says:

      Saya tak pasti pulak jika keluaran dpli. Jika KPLI, Induksi dan BTN telah dijalankan semasa dimaktab lagi. Hari tu semasa saya ditemuduga tiada pulak diminta semua tu. Itu saja jawapan yang dapat diberikan.Harap berpuas hati erk…

  8. hye..me nak interview rabu nie…29 sept..takutnyer tyuhan je yg tau..-( hope dpt lulus spt kamu

  9. sy posting januari 2009. pun dh temuduga spp hjg 2009.dh dpt pengesahan lantikan ke dg41 awal 2010. borang tapisan keselamatan dh antar tp xdpt apa2 kad jwpn lg. Nk dpt pengesahan jawatan tu ada apa2 kena buat ker atau just tunggu ketua jabatan sahkan jwtn kita je?

    • Muhd Hazmunshah Hafizuddin Says:

      Hai adamervina. Ya..aku pun miliki soalan yang sama satu masa dulu. Namun ceritanya begini. Selepas dapat pengesahan lantikan dg41 tu, kita akan isi satu lagi borang iaitu borang pengesahan jawatan dg41. Borang tu kena ambil di KK (unit perkhidmatan). Ini adalah borang terakhir sebelum jawatan disahkan. Tapisan keselamatan akan dihantar sekali dengan borang ini nanti. Hari tu aku mengambil borang tapisan keselamatan juga di unit perkhidmatan tapi sekarang tidak tahu pulak macam mana. Harap ini membantu k

  10. salam…sy nk tny,biasanya apabila kte dpt surt twran lantikan tetap,adakah kte akn dpt skali brsama surat pngesahan jwtn@ kena tggu dlu?brapa lma?
    apabila kte dh dpt surt pengesahan lntikan adakah kte DG41@DC41?
    brpa lamakh tmpoh tuk pengesahan jwtn pula?

    • Muhd Hazmunshah Hafizuddin Says:

      Salam…emmm…berkaitan dengan soalan saudari. Macam ni. jawapannya tidak dapat sekali. Surat tawaran adalah untuk kita. Memberitahu kita terima atau tidak jawatan tu. Jika terima, kita hantar balik dan persetujuan terima. Lepas tu akan datang satu surat pemberitahuan iaitu “Surat Pengesahan Lantikan”. Untuk dapatkan pengesahan jawatan, kita kena isikan permohonan. Borang boleh dapatkan dari PPD atau JPN negeri masing2. Jangan tunggu sebab pengesahan tidak akan diperolehi jika kita tak pohon. Masanya pula pihak SPP akan tentukan berapa lama. Harap dapat membantu.

  11. nor yati muda Says:

    tak tahu la bila nak di interview duk tunggu sampai bila. hai berdebar apa nak buat bila di interview nanti. Berdebar….Tuhan je tahu

    • Muhd Hazmunshah Hafizuddin Says:

      Dah interview ker? Lama dah tak buka blog ni. Jika belum, Jangan risau. Just yakin dan jangan hafal (Kalau hafal ok jugak tapi kebanyakkannya jika menghafal semasa berada di hdapan penemuduga, nampak sangat kurang keyakinan). Isu semasa kena tahu. Dasar kerajaan hari ini, Falsafah pendidikan. Kalau tak tahu jangan pulak pandai2 jawap benda yang bukan2 sebab penemuduga akan bertanyakan benda yang benar2 meraka arif atau tahu. Harap dapat membantu

  12. cikgu hazmun nak tnya, betul ke klu bersalin sebelum temuduga akan efek interview..? klu betul ada efek, dia efek kat mana erk? konfius sangat..saya lum temuduga dan due bersalin bulan 9

    • Muhd Hazmunshah Hafizuddin Says:

      Hai…he..he..saya tidak pernah dengar atau tahu pula tentang perkara ni. Mengikut pengalaman saya yang tidak seberapa ini…emmm…tidak akan. Napa nak effect pulak? Kalau nak efek pun mungkin sebab saudari tak boleh nak jalan p interview sebab badan masih tak kuat lepas bersalin. He..he.. Dan satu lagi..Memang akan efek interview jika bersalin tepat tarikh interview tu. Ermm.. jangan risau la..Pendapat saya tidak akan efek apa2..Harap ini dapat membantu…

  13. salam cikgu.. apakh benar yang sya dgr. Tahun ni 2011,dh xde temuduga untuk dg41 krn kerajaan nak menjimatkn kos

    • Muhd Hazmunshah Hafizuddin Says:

      Hai…mengenai hal ini saya tidak mendapat info yang sahih dari mana2 pihak yang lebih tahu (KPM @ SPP). Adalah lebih baik sekiranya kita mendapatkan info yang benar dari pihak2 ini terlebih dahulu. πŸ™‚

  14. saya nk tny…bila kerani mula kena brtindak utk pengesahan jawatan guru kpli dg41 yg dh msuk sekolah dr awl 2009 tp bru terima tawaran posting pd awl 2011…?sy dh lulus ntvu spp,dah ambik induksi kissm tp blm tahu kputusan lg n blm btn…
    borang tapisan keselamatn tu kerani sy dh anta ke kpm msa mula uruskn penerimaan tawaran….

    • Muhd Hazmunshah Hafizuddin Says:

      Bukan kerani yang kena bertindak tetapi saudari. Dapatkan borang pengesahan jawatan untuk diisi. KISSM mesti tahu keputusan kerana akan ditanya dalam borang permohonan pengesahan jawatan nanti. Bornag yang dihantar oleh kerani itu adalah borang tapisan keselamatan dan bukannya keputusan tapisan keselamatan. Ambil keputusan tapisan keselamatan di JPN masing2 (Unit perkhidmatan). Harap dapat membantu..

  15. dila353 Says:

    Salam..sy bru dpt borang tapisan keselamatan pg td,lps class tgk2 ada borg tu ats meja..bru je 4 bln mngajar,DC41..smpai skrg tk apply intvw sah jawatan, nnti2 dh get ready,bru nk apply..huhu..neway,byk info ttg intvw kt blog ni.. thanks.. πŸ˜‰

  16. saya bt permohonan utk temuduga dg41 pd 29 dis 2010 tp sampai hari ni masih tak dipanggil utk temuduga.kawan2 yang sama konvo dgn saya dah hadiri dan lulus temuduga tersebut. apa yang patut saya buat? call spp dah 50x tp masih tak dapat bercakap dgn orang. asyik dengar operator(mesin) aje yang cakap. .

    • Muhd Hazmunshah Hafizuddin Says:

      Jika telefon tak dapat membantu, apa kata anda yang gi SPP sendiri? Dahulu, situasi saya pun sama macam anda jugak. Last2 g SPP. Tanya cukup2. Takut2 keciciran pulak nama kita kan? (Harap2 la tidak yer….)..

  17. Pn. Salmah Says:

    Saya baru sahaja habis konvo. Nak tahu selepas menghantar e permohonan SPP secara online dan mendapat nombor rujukannya. Apa yang perlu saya buat? Saya tidak dapat print borang permohonana yang dihantar secara online. Mengikut panduan perlu simpan npmbor rujukan aja.
    Selepas ini saya perlu hantar borang tapisan keselamatan kemana? Ke PPD atau kejabatan Perdana Menteri di KL? Keliru saya!!!
    Selain yang dinyatakan apa lagi yang perlu saya buat? Harap dapat bantuan. TQ

    • Muhd Hazmunshah Hafizuddin Says:

      Jika da buat permohonan online, rajin2 ler check. Kenapa? sebab segala urusan termasuk panggilan temuduga boleh check terus dari sana (termasuklah keputusan temuduga dan sebagainya). Borang tapisan keselamatan hendaklah di hantar ke Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia, Jabatan perdana menteri(3 salinan kalau tak silap). Sekarang da boleh check kelulusan borang keselamatan online

  18. adamervina Says:

    sy masih lum dapat lg surat pengesahan jawatan….dh apply lama dh. Awal tahun aritu lg. nak kol sape ye utk confirmkan dh diproses? spp ker? bahagian mana n pada sape nk tanyakan masalah ni? harap ada yg dpt bantu…plsss

  19. salam..untuk yati_azhar…sy pernah alami situasi seperti tu..sewaktu sy dalam pantang sy dapat panggilan temuduga spp,hal itu tak kan jadi masalah,call pihak spp dan maklumkan bahawa puan sedang cuti bersalin,pihak spp tidak akan menemuduga calon yang sedang cuti bersalin..pihak spp akan hantar tunjuk sebab kepada sekolah dan surat tersebut akan dijawab oleh pengetua..puan tak perlu mohon spp sekali lagi,hanya perlu tunggu turn seterusnya…harap dapat membantu…=)

  20. sy dalam proses memohon jawatan nazir…x banyak info berkenaan temuduga,,,,anda ada pengalaman…mgkin blh share

    • Muhd Hazmunshah Hafizuddin Says:

      Buat fadwah. Saya tidak dpt memberikan jawapan yg pasti jika ianya berkaitan nazir. Saya blm sampai ke tahap itu..he..he. Walau bagaimanapun,tumpuan nazir adalah lebih kepada memantau kualiti pendidikan. Jadi mungkin anda boleh mencari info berkaitan hal ini. Terima kasih

  21. nk tnya saya ada ijzah pnddikan slma 4 thun dr 2008-2011 memegang jwtan sbgai gstt dan tlah mengikuti semakkan data gstt tuk kursus IPGM. tuk sya yg ada pnddkan tdk perlu ikut kursus IPG hnya tggu posting, kta penemuduga yg bertempat d urusetia IPGM GAYA tp sampai skrg xde keputusan….. kpd sesiapa yg ada inform tlg berikan kpd sya……..

    • Muhd Hazmunshah Hafizuddin Says:

      Hello…kes anda sama dengan kes isteri saya sebelum ini. So jangan bimbang…rasanya mungkin anda da dapat surat penempatan ketika ini?.Jika belum, anda kena ambil tahu perkembangan dari masa ke semasa kepada pihak KPM dan rajin2 la lawati laman web KPM di http://www.moe.gov.my/ serta bersabarlah. Harap info ini dapat membantu.

  22. saya nak tanya,bila biasanya pengiraan gaji 41 yg tertunggak bermula?adakah setelah memperolehi surat kelulusan interview atau mengikut tarikh sijil ijazah konvokesyen atau tarikh kita isi online temuduga.

    • Muhd Hazmunshah Hafizuddin Says:

      Maafkan saya…saya kurang pasti dgn soalan anda.Tungakkan macam mana? Adakah anda gred DC41? atau mungkin dr DG32 ke DG41?

      • bagaimana pengiraan tunggakan dpd dg32 ke dg41 diambil kira jika seseorang itu tamat pengajian pada tahun 2010,jalani ujian temuduga 2012 dan telah lulus ujian temuduga tersebut..skrg menunggu utk lantikan ke dg41..

Tinggalkan Jawapan kepada Wandy Batal balasan